? ??????????????Loving Maddness? ????? ?? ???Rating: 5.0 (1 Rating)??212 Grabs Today. 2861 Total Grabs. ??
????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ???????????????????????????Heart Attack? ????? ?? ???Rating: 3.7 (3 Ratings)??204 Grabs Today. 2477 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code? BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Sunday, July 26, 2009

SHBT2 SEPERJUANGN ASASI









Sahabat seperjuangn..
pertemuan kita xpernah dijanjikan
sudah ketentuan Tuhan

kita bertemu dan ditakdirkan

bersama-sama dalam perjuangn

pelbagai ragam dan gaya

masing2 ada keistimwaan

suka duka dilalui bersama...

sumayah sorg yg cekal dan hebat kepimpinannya.

awanis sgt tinggi isar pada shbt2nya

hidayah punyai bakat terserlah

syafiqah ulat buku orgnya

azimah tingkahnya persis seorg ibu

samiah hebat pengorbanannya

atiah pakar IT gayanya

sapinah comel molek orgnya

itulah insan yg byk mengajarku erti pershabatan

Friday, July 24, 2009

SCIENTIFIC MIRACLE OF AL-QURAN






assalamualaikum..

apa khbar rakan2 pembaca sekalian..

ingin saya berkongsi serba sedikit tentg ilmu yg sya dapat daripada sorg sheikh dari lubnan yang datang mengajar di APIUM selama 2minggu..

beliau byk menyentuh mengenai keagungn al-quran..dan kaitan dgn penyelidikan sains terhadap kebenaran al-quran.



HUMAN DEVELOPMENT

Surah al-Mukminun(ayat 12-14)

In a relatively few aayah's is contained a rather comprehensive description of human development from the time of commingling of the gamates through organogenesis.



MOUNTAIN

Surah al-Naba'(ayat 6-7)

modern earth sc have proven that mountain have deep roots under the surface of the ground and that these roots can reach several times their elevations above the surface of the ground. mountain also play an important role in stabilizing the crust of the earth. they hinder the shaking of the earth. God has said in the quran.
Surah Al-Nahl (ayat 15)



BIG-BANG THEORY

Surah Al-Anbiya' (ayat30)

explained the previous verse mention that the heaven and earth were once one and the God caused them ton seperate and form into the 7 heaven and earth.

Saturday, July 18, 2009

Strategy to success..






Good relationship with ALLAH and people(hablumminallah wa hablumminannas). Kita harus yakin bhw semua ilmu yg kita pelajari adalah milik Allah.. semakin kita belajar,semakin rasa diri kita terlalu dhaif dan kekurangan ilmu.. dan kita cuba utk mencari dan terus mencari ilmu.. kerana dgn ilmu,martamat kita di angkat di mata manusia dan di sisi Allah.


Focus in study.. cuba elakkan dari gangguan cinta nafsu. harus di ingat,nur(ilmu) xkan bercampur dengn maksiat yg kita lakukan.. cuba elakkan daripada melakukan atau melihat maksiat. susah utk ilmu mendiami hati apabila hati kita dikotori oleh benda2 yg dikira maksiat. bukan ilmu saja yg kita harapkan bahkan keberkatan menuntut imu itu yg paling penting.xdinafikan,yg dikatakan individu yg bergelar remaja amat sinonim dengan kalimah CINTA.. so,penuhi masa remaja ini dgn perkara2 yg berfaedah,cuba elakkan percintaan yg xdak kepastian..

Manage the time. pandai membahagi masa utk belajar,berjuang,beriadah dan aktiviti2 lain.

Have good team work. perlunya ada group discusion dan memberi manfaat.


Give the best what you to do. apa saja kerja kita akan lakukan,cuba buat habis baik.. ingatkan pada diri,mungkin ini kerja yg terakhir aku.


Don't miss come to class.Cuba elakkan daripada ponteng kelas..melainkan ada masaqqah(urusan)yg betul2 xdapat dielakkan.


Have dicipline and motivation. jgn cuba menangguh kerja yang diberikan.. ada kala,kita akn rasa down ataupun kurang bersemangat.pohonlah dan berckplah dengn Allah,agar mengmbalikan semangt itu.. dan berjumpa dan berckp dgn individu2 yg dikra boleh membantu menaikkan semangat itu.

Tuesday, July 14, 2009

Antara Ilmu dan Harta..



ILMU adlah warisan darpd nabi2 dan rasul2..tapi HARTA diwarisi darpd Qarun dan Firaun.

ILMU dpt menjaga pemiliknya...tapi HARTA penjaganya yang perlu menjaganya.

ILMU dengannya kita dapat ramai kawan..tapi dengan HARTA kita mendapat ramai musuh dan lawan.

ILMU apabila diajar kepada org lain,lagi bertambah kepada pemiliknya..tapi HARTA apabila diberi kpd org lain,lagi berkuranglah nilainya.

ILMU pemiliknya akan mendapat penghormatan..tapi HARTA pemiliknya selalu mendapat penghinaan dan panggilan yang mendebarkan.

ILMU tidak dapat dicuri walaupun nilainya terlalu tinggi..tapi HARTA mudah dicuri.

ILMU xkan habis apabila kita memberi kpd org lain..tapi Harta akan habis apabila diberi kpd org lain.

ILMU pemiliknya mendapat syafaat di akhirat kelak..tapi HARTA pemiliknya bakal susah di dua alam apabila melalui hisab Allah.

ILMU dapat menenangkan hati dan pemikiran pemiliknya..tapi HARTA bakal membinggungkan dan merungsingkan pemiliknya.
(SAIDINA ALI ABI TALIB)

Saturday, July 11, 2009

Dhururi Al-Tamayyus..






Sekadar renungan dan penghayatan bagi sesiapa yg melalui dan akan melaluinya..

pandangan ini sekadar membuka mata dan minda sahabat2 sekos dengan saya..dan mungkin akan menjadi panduan kepada pembaca budiman yg lain..

saya amat tersentuh apa yg diperkatakan oleh penyelaras kos kami Prof.Madya Datin Dr.Noor Naemah Abdul Rahman..yang menyebut" Apa saja kajian sains yang kita lakukan,mestilah dikaitkan dengan nilai2 Aqidah."

inilah yang cuba diterapkan kepada pelajar2 sains gunaan dengan pengajian islam UM..yang mana kos ini diwujudkan adalah untuk melahirkan produk2 islamik saintis yang berkualiti. tapi amat malang rasanya andai pelajar kos ini cuba mengenepikan nilai2 agama itu di dalam sains dan hanya melakukan kajian dan amat menyedihkan lg andai pengkhususan yg diambil semasa master hanya pure sains tanpa memperdulikan subjek2 agama..

tanpa kita sedari sebenarnya.. Isu berkenaan MENGULAMA'KAN PROFESIONAL..adalah isu yg berkait rapat dengan matlamat kos ini..kita sebenarnya ke arah mencapai apa yang diperkatakan di atas.

"Dhururi Al-Tamayyus" jg kalimah yg sering disebut-sebut oleh penyelaras kami.. Kepentingan kepelikkan(keistimewaan) yang wujud dalam diri setiap individu yg menjadi warga kos ini adalah satu lambang atau kayu ukur yang dapat membezakan antara Islamik Saintis dengan Sainstis.

apa sebenarnya kepelikan atau keistimwaan itu????
sudah tentu akhlak islamiah diterapkan dalam pelajar2 kos ini. malah ia menjadi batu loncatan untuk pelajar yang tiada basic agama mahupun org kafir terpikat dengankeindahan islam itu sendiri..

apa yang penting kajian2 sains yg kita lakukan sebenarnya membantu untuk menambahkan keimanan kita apabila kajian2 ini menemukan kebenaran AL-QURAN itu sendiri...

oleh itu,saya berharap..sahabat2 dan adik2 yg bakal lahir dari kos ini..jadilah individu muslim yg bangga dan menaikkan nama Islam...
waallahua'lam..

Wednesday, July 8, 2009

SAINS GUNAAN DENGAN PENGAJIAN ISLAM







selamat bersua kembali...

dikesmpatan ini,ana ingin mempromotekan 1 kos yg rasanya sebelum ini masih kurg diwawarkan dan ramai yg xtahu wujudnya kos ini. yangmana kos ini adalah satu2nya kos yang wujud di universiti malaya. ana adalah salah seorg warga kos ini.

untuk pengtahuan pembaca2 yg budiman..
kos ini hanya ditawarkan kepada pelajar2 sek.agm yang beraliran sains..
tujuannya adalah Untuk menjadi sebuah program pengajian dan penyelidikan yang mengembangkan ilmu Islam dan Sains seiring dengan perkembangan sains dan Teknologi terkini bagi melahirkan masyarakat yang kaya maklumat melalui sumbangan graduan professional cemerlang yang dilatih oleh program akademik yang kemas, lengkap, dan mantap.

Bagi pelajar2 yg sek agama yg sayang untuk meninggalkan subjek sains,bolehlah mengikuti kos ini...

hanya pelajar lepasan spm saja yg akan ditawarkan.. mereka akan mengikuti asasi selama 2tahun. yangmana bertempat di UM nilam puri(setahun) dan menyambung di PASUM(UMKL-setahun)..ASASI PENGAJIAN ISLAM DENGAN SAINS. Istimwanya kos ini,subjek sains dan agama jg bersama2 dipelajari..cnthnya fizik,bio,kimia,bhs arab,tauhid,tjwd dan byk lg..

Selepas tamat asasi,mereka akan menymbung di prngkat SARJANA MUDA SAINS GUNAAN DENGAN PENGAJIAN ISLAM..yang bertempat di UMKL. ygmana kos ini menawarkan 9 pengkhususan diperngkat ijazah ini. antaranya biokimia,bioteknologi,biokesihatan,mikrobiologi,sains alam sekitar,genetik,ekologi,bioinformatik dan ICT..berdasarkan poiter semasa asasi.
dari segi carrer,memg byk ler..ngn hospital,syarikat2,makanan dan byk lagi.. dan bagi sesiapa yg mendapat poiter yg tinggi,ditawarkan ke jepun,korea n so on.. ada juga senior kami yg berjaya meneruskan pelajaran ke PHD tanpa mengambil MA selepas cemerlang dalam DEGREE.

So,sebar2kanlah maklumat ini kepada org ramai..
insyallh,lebih ramai dapat melahirkan ISLAMIC SAINTIS selepas ini..

Tuesday, July 7, 2009

SAHABAT SEPERJUANGAN










Ruangan kali ini,ingin rasanya musafir kasih berkongsi sebuah cerita yang xperlu disoal samaada ia benar atau pun tidak.. cukuplah sekadar sebagai dorongn n motivasi buat pembaca sekalian.

mas,azah.mun,adwa,paah,syida,atin,nisa adalah shbt aku yg byk membantu.. detk2 perkenalan bermula apabila aku mula mendaftarkan diri di maktab mahmud alor star. malah mula mengenal hati budi masing2 apabila km mula mgikuti usrah yg sama..

aku insan biasa,saat mula aku mengenali mereka,ku rasa diriku begitu kerdil.. byk sgt perkara yg aku xtahu.. namun sapa sangka,Allah anugerahkan mereka sebagai pendampingku.. sebagai wadah pengislahan diriku yg hina. mereka mengajarku erti persahabatan,isar n susah seng bersama berjuang..

kenangan makan setalam,tidur sebantal,menangis bersama adalah kengn yg indah buatku.. walaupun pada awalnya ku rasa diriku xlayak berdampingan dengan mereka..

aku bukanlah seorg yg peramah..

malah byk kekurangan diriku..

namun ku percaya,mereka..

Allah anugerahkan kepadaku supaya aku mengenal erti shabt dan perjuangan..

mas seorg yg lincah walaupun kecil2 cili api.. tapi dia shbt yg sanggup bercekang mata memikirkan masalah shbt2nya dan masalah ummah.

azah shbt karib sentiasa ada bila mas kemana saja.. bahkan mereka di takdirkan ke universiti yg sama. malah berjuang bersama2.

munirah kini seorg yg hebat mengutip mutiara2 ilmu di bumi ambiak.. shbt yg seringkali mengingatkan ku tentg kezuhudan..

adwa seorg yang pintar,kini menjadi org kuat di ukm.sapa sangka seorg yg awalnya bercita2 mahu menjadi peguam,kini seorg yg hebat kepimpinannya di sana..

nisa yg cukup peramah orgnya,seringkali menegurku andai aku melakukan kesilapan..

xpernah dia biarka aku terus melakukan kesilapan..

atin,yg tinggi isarnya pada shbt2nya cukup menyentuh hatiku supaya aku jg mempunyai sifat itu..seorg yg kuat qiamullainya.. menyebabkan ku amat kagum padanya..

paah,seorg yang cukup pandai berceloteh.. apabila bercakap,semua berasa kagum dengan anugerah yg Allah beri padanya.. padaku dia seorg yg sgt kental.. kami ditakdirkan belajar di universiti yg sma.. dia byk memberi dorongan kepadaku walaupun aku bukanlah shbt yg terbaik buatnya..

namun,ku harap ukhwah kami semua berpanjangn dan Allah peliharakan kami di jalan juang yg sama..

terima kasih sahabat2ku..

Monday, July 6, 2009

Salam perkenalan..


Assalamualaikum..
kepada warga penziarah blog ini..

salam taaruf dan salam mahabbah.
ingin rasanya musafir kasih memulakan nukilan dengan tali pentaarufan.

aku ini hamba yg dijadikan dari tanah dan memikul tanggungjwb sebagai hamba dan khalifah. Anak yang dilahirkan tanpa ayah di sisi kerana pergi berjuang di bumi bosnia mula menghirup oksigen pada tanggal 15 jan 1989.. kecekalan seorg ibu mendidik dan menjaga xdapat dibalas. walaupun kesibukan bekerja,ibu xpernah mengabaikan tanggungjwbnya sebagai ibu dan isteri kpd seorg tentera.

kini,anaknya sudah genap 20tahun..sekejap rasanya,dulu anak ini sering merenget dan merajuk serta menangis.diberi pendidkan awal di sek.keb.kupang. apabila meningkat menengah,anak ini di hantar ke sebuah sek.agama iaitu maktab mahmud yan. selepas pmr,menyambung pelajaran di maktab mahmud alor star.lepas 5tahun menuntut ilmu agama di bumi hijau itu,dengan takdir ilahi,musafir kasih dapat mellanjutkan pelajaran ke bumi tarbiah(universiti malaya nilam puri) fi taqassus Asasi Pengajian Islam Dengan Sains. selepas setahun,melanjutkan pelajaran ke PASUM(pusat asasi sains UM).. Selepas itu, allah mengizinkan anak ini mengutip ilmu sains dengan agama di UM dalam jurusan Sains Gunaan Dengan Pengajian Islam(Mikrobiologi)..

harapnya anak ini xjemu mengutip ilmu2 Allah di muka bumi ini sehinggalah nyawa ini di ambil oleh pemilikNya..