? ??????????????Loving Maddness? ????? ?? ???Rating: 5.0 (1 Rating)??212 Grabs Today. 2861 Total Grabs. ??
????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ???????????????????????????Heart Attack? ????? ?? ???Rating: 3.7 (3 Ratings)??204 Grabs Today. 2477 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code? BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Thursday, August 27, 2009

DUGAAN KASIH SAYANG ALLAH..

Apabila seseorg meninfa'kan dirinya utk Islam,nescaya akan ada hadiah daripada Kekasihnya buat dirinya.. seperti isi dengn kuku,seperti aur dengn tebing..begitu rapat hubungnnya.. begitu juga mehnah tribulasi dan dugaan datang silih berganti dalam diari seorg pejuang.
pelajaran yang Allah uji kepada seorg bernama pelajar apabila dia mengwakafkan diri utk melakukan kerja Islam. ujian kesakitan dan kemalangn apabila seseorg yang dirinya sibuk dalam berjuang. ujian hati yang Allah kurniakan menguji kebenaran cinta seorg pejuang...
namun..wahai insan yg terpilih,jgn mudah kalah dan rebah apabila ujian2 ini melanda krana engkau insan terpilih diantara yang terpilih. mujahid dan mujahidah terdahulu lebih hebat dugaan dan cabaran mereka..malah nyawa dan dan darah jd taruhan..
takbir!!!!!!takbir!!!!takbir!!!

Saturday, August 22, 2009

Feminisme






Di Malaysia, perdebatan isu pembentangan Rang Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) (Pindaan) 2005 di Parlimen mengundang polemik hangat berikutan bantahan yang dikemukakan oleh Ahli Parlimen serta Senator Wanita di Dewan Parlimen termasuk NGO wanita yang dikenali sebagai Gabungan Kumpulan Bertindak Wanita (JAG) terhadap beberapa peruntukan baru di dalam undang-undang tersebut yang dikatakan tidak adil terhadap wanita.




Pada 11 Januari 2006, Kabinet telah mengambil keputusan untuk tidak mewartakan pindaan Undang-Undang Keluarga Islam (UUKI) 2005 Wilayah Persekutuan tersebut.Dari manakah asal-usul feminisme? Apakah gagasan-gagasan utama gerakan emansipasi atau pembebasan wanita di barat serta imbasnya di dunia islam? Bagaimana perspektif islam dalam menyingkapi hal ini?




Kebencian Lelaki Terhadap WanitaTidak dapat dinafikan bahawa gerakan feminis di barat adalah reaksi masyarakat terhadap situasi di sana, terutama yang berkaitan nasib kaum wanita. Salah satu penyebabnya adalah sikap memusuhi perempuan (misogyny) dan pelbagai anggapan buruk (stereotype) yang dilekatkan pada mereka. Semua itu bahkan telah meresap dalam nilai masyarakat, kebudayaan, hukum dan politik.Kebencian tokoh-tokoh teologi kristian terhadap kaum wanita hampir-hampir tiada pengecualian pada sekitar awal abad pembentukan agama kristian. Tertullian (160-225), Paderi Gereja Afrika, memanggil wanita sebagai pintu gerbang syaitan (the devil’s gateway) dan tercatat ungkapan: “Tidakkah engkau menyedari bahawa engkaulah si Hawa itu? Kutukan yang dijatuhkan Tuhan kepada kaum sejenismu akan terus memberatkan dunia. Kerana bersalah maka engkau mesti menanggung derita. Engkau adalah pintu masuknya syaitan.”Dalam pandangan Origen (185-254) yang terkenal dengan kebenciannya terhadap kaum wanita, menyatakan bahawa wanita adalah jauh lebih hina daripada binatang. St. Gregory (329-389) mengungkapkan, “Kebengisan ialah naga dan gigitan ular berbisa; Tetapi wanita memiliki sifat kedua-duanya". Tokoh sesudahnya, St. Jerome (342-420) menganggap wanita adalah akar dari segala kejahatan (the root of all evils). St. John Chrysostom (347-407) pula berkata: “Tidak ada gunanya lelaki menikah. Perempuan itu tidak lain dan tidak lebih adalah lawan dari persahabatan, hukuman yang tidak terelakkan, kejahatan yang diperlukan, godaan semulajadi, musuh dalam selimut, gangguan yang menyenangkan, ketimpangan tabiat, yang di lukis dengan warna-warna indah.” Selanjutnya, St. Augustine (354-450) bahkan mendakwa bahawa hubungan intim antara suami dan isteri sebagai perbuatan kotor dan harus dihindari. St. Albertus Magnus (1200-1280) menguatkan dengan kesimpulannya yang aneh: Perempuan adalah lelaki yang cacat sejak awalnya, serba kekurangan berbanding lelaki. Makhluk yang tidak pernah yakin pada diri sendiri dan cenderung melakukan pelbagai cara demi mencapai keinginannya, dengan berdusta den menipu ala iblis. Demikian pula St. Thomas Aquinas (1225-1274) yang menyamakan dengan anak-anak, secara fizikal dan mental. Baginya, wanita adalah produk dari pencemaran alam persekitaran (product of environmental pollution).Maka wajarlah jika kemudian wanita di barat hanya dibatasi lingkup rumah tangga sahaja dan tidak dibenarkan masuk campur ‘urusan orang lelaki




’Gerakan Emansipasi'Mimpi ngeri’ yang dialami oleh kaum wanita di barat telah melahirkan gerakan-gerakan emansipasi atau pembebasan wanita. Mary Wollstonecraft (1759-1797) dianggap sebagai nenek moyang kaum feminis. Menerusi tulisannya yang sangat terkenal, A Vindication of the Rights of Woman (di cetak pertama kali di London pada 1792), ia mengecam pelbagai bentuk diskriminasi terhadap perempuan, menuntut persamaan hak bagi perempuan baik dalam pendidikan mahupun politik. Perempuan harus dibolehkan bersekolah dan memberikan suaranya dalam pilihan raya umum (suffrage). Menurutnya, kelemahan yang disebabkan kaum wanita lebih disebabkan oleh faktor lingkungan. Lelaki pun kalau tidak berpendidikan dan diperlakukan seperti perempuan, akan bernasib sama, lemah dan tertinggal, jelasnya.Pemikiran Wollstonecraft bergema ke seantero Eropah dan Amerika. Tercatat tokoh-tokoh semisal Clara Zetkin (1857-1933) di Jerman, Alexandra Kollontai (1873-1952) di Rusia dan Victoria Claflin Woodhull (1838-1927), wanita Amerika pertama yang mencalonkan diri sebagai Presiden pada 1872.




Antara yang dituntut oleh aktivis perempuan itu adalah hak dalam pendidikan dan politik, reformasi hukum dan undang-undang Negara supaya tidak merugikan perempuan. Di lingkungan kerja, mereka menuntut supaya perbezaan atas pertimbangan jenis kelamin (gender based differentiation) dihapuskan sama sekali. Agenda emansipasi berikutnya adalah bagaimana membebaskan kaum wanita dari cengkaman kaum lelaki, bahawa mereka hidup dalam dunia yang dikuasai lelaki (male-dominated world). Konon dengan cara ini perempuan dapat membebaskan diri dari segala bentuk penindasan, eksploitasi dan subordinasi.Radikalisasi FeminisKaum feminis tidak pernah mengambil peduli penderitaan manusia yang mereka timbulkan. Lihat kenyataan Maggie Gallagher, “Amerika pada hari ini memiliki bangsa yang cukup ironis termasuklah golongan elit wanitanya yang begitu lantang dan komited memperjuangkan nama baik feminisme berbanding menjadi pekerja kebajikan atau suri rumahtangga.”




Gerakan feminis di barat kelihatan mengalami stigmatisasi dan seperti ‘menelan air ludah’ sendiri. Munculnya feminis-feminis radikal yang bersikap anti-lelaki, anti-tuhan, anti-agama, anti-intelektual, menghalalkan pengguguran anak, mengutuk sistem partriarki, mencemuh perkahwinan, merayakan lesbianisme dan revolusi seks, justeru menodai reputasi gerakan itu.




Bagi para feminis radikal, tinggal bersama suami di rumah sama sahaja dengan living with the enemy. Mereka juga mengklasifikasikan jantina menurut pemahaman mereka kepada lima iaitu lelaki, wanita, lesbian, gay dan biseksual.Reaksi tajam terhadap radikalisasi feminis datang dari banyak pihak. Semaklah komentar Pat Robertson, mantan calon Presiden Amerika, “Para feminis itu kerjanya hanya mendidik wanita agar meninggalkan suami dan membunuh anak-anak mereka sendiri, mengamalkan perdukunan, menjadi lesbian dan menghancurkan kapitalisme.” Penulis terkenal, Susan Jane Gilman pun menyatakan kesan serupa, “Banyak kaum wanita hari ini, keluhnya, menganggap feminisme mengarut dan tidak jelas apa mahunya. Sementara kalangan yang lain menilainya sebagai elitis, akademik, ketinggalan zaman, keanak-anakan, dan tidak releven lagi.”Diakui atau tidak, emansipasi wanita dibarat telah merosak sendi-sendi masyarakat dan menghancurkan nilai-nilai keluarga.




Gerakan feminisme juga disalahkan kerana menyuburkan pergaulan sesama jenis, mengubah perempuan menjadi makhluk gila kerjaya, hidup dalam kesepian, balik ke rumah hanya memberi makan anjing dan kucing. Banyaknya wanita yang mencegah kehamilan dan menggugurkan kandungan akan memberikan dampak yang buruk. Negara-negara maju seperti Sweden, Jepun, Singapura, Jerman kini tengah berupaya mengatasi apa yang mereka sebut sebagai krisis demografik. (“This is the essence of the joint European family and population crisis of the 21st Century”)




Isu Gender di Dunia IslamDi dunia islam, Mustafa Kamal Attartuk umpamanya telah menggubal undang-undang perkahwinan yang berdasarkan undang-undang barat pada 17 Februari 1926 dan menggalakkan wanita membuka aurat.Namun ada juga yang menggunakan pendekatan secular-liberal iaitu Qasim Amin dalam dua buku controversial, Tahriru l- Mar’ah (Kairo, 1899) dan al-Mar’ah al-Jadidah (Kairo, 1900). ‘Bapa feminisme Arab’ ini menentang pemakaian purdah, menentang poligami, dan penceraian yang dianggap sebagai penghinaan terhadap wanita. Wanita islam mesti berpendidikan ala barat dan mesti dilepaskan dari kongkongan lelaki, adat resam dan tradisi.




Di Mesir, Dr Nawal El-Sadawy, seorang pakar perubatan telah menghasilkan sebuah buku yang menyeru wanita intelek supaya tidak mematuhi peraturan agama, seks dan politik yang mengongkong. Kemudian bangkit Huda Sya’rawi (1879-1947). Beliau adalah orang pertama yang membuka hijab di Kaherah dan menuntut persamaan gender dalam pendidikan dan hak politik. Gerakan beliau dinamakan sebagai gerakan pembangunan wanita.




Selain itu, terdapat juga Fatima Mernissi dari Moroko (penulis sejumlah buku, antara lain: Beyond the Veil), Riffat Hasan dari Pakistan (pendiri International Network for the rights of Female Victims of Violence in Pakistan), Taslima Nasreen dari Bangladesh (penulis buku Amar Meyebela), Amina Wadud dari Amerika Syarikat yang sempat membuat heboh dengan menjadi khatib dan imam shalat jumaat di gereja beberapa waktu lalu dan banyak lagi.




Gerakan feminis radikal rupanya berpengaruh juga di Malaysia dan dijuarai oleh Zainah Anwar dari Sis-ters In Islam (SIS). SIS juga terkenal sebagai kumpulan yang menentang amalan poligami secara keseluruhannya dan pernah melancarkan kempen monogami secara terbuka. Malah, kumpulan ini diberikan ruang yang luas untuk membentangkan citra pemikiran mereka melalui media massa.Seperti yang kita ketahui, tidak ada satu ayat pun dalam Al-Quran yang menampakkan misogyny ataupun bias jantina. Semua ayat yang membicarakan tentang Adam dan pasangannya, sejak di syurga hingga turun ke bumi, selalu menekankan kedua belah pihak dengan menggunakan kata ganti nama untuk dua orang (dalam bahasa arabnya: huma atau kuma). Bukannya Adam dan Hawa yang disalahkan, melainkan syaitan yang dikatakan menggoda keduanya hingga memakan buah dari pohon khuldi.




Kemudian, setelah berada di bumi, baik lelaki mahupun perempuan ditempatkan setara. Darjat mereka ditentukan bukan oleh jenis kelamin tetapi kadar iman dan amal soleh masing-masing (Ali-Imran: 195). Sebagai pasangan hidup, lelaki diibaratkan seperti pakaian bagi perempuan, dan begitu pula sebaliknya (al-Baqarah: 187). Namun, dalam kehidupan rumahtangga, masing-masing mempunyai peranan tersendiri dan tanggungjawab berbeza, seperti kebiasaan hubungan antara manusia (al-Baqarah:228). Adapun pada skala yang lebih luas, dalam kehidupan bermasyarakat, berbangsa dan bernegara, lelaki dan wanita dituntut untuk melibatkan diri secara aktif, melaksanakan amar ma’ruf dan nahi munkar (al-Ahzab: 35).




Nabi Muhammad Saw. juga mengingatkan bahawa sesungguhnya perempuan itu setara dengan lelaki (an-nisa’ syaqa’iqu r-rijal), menurut sebuah hadith yang diriwayatkan Imam Abu Dawud dan Imam an-Nasa’i.Oleh kerana itu, apabila dikalangan Muslim pada kenyataannya masih selalu dijumpai diskriminasi terhadap perempuan, yang mesti diperbaiki adalah masyarakatnya dan bukan agamanya. Berdasarkan hasil sebuah tinjauan, walaupun undang-undang persamaan gaji (Equal Pay Act 1970) di Inggeris sudah berusia 30 tahun lebih, wanita yang bekerja sepenuh waktu digaji 18% lebih rendah dari pekerja lelaki. Sementara mereka yang bekerja separuh waktu menerima gaji 39% lebih rendah berbanding lelaki. Begitu juga di Amerika, pendapatan kaum wanita purata 25% lebih rendah dibanding lelaki. Penelitian lain menemukan bahawa purata dalam tiap 10 detik di Inggeris telah terjadi tindak kekerasan terhadap wanita, berupa pemukulan, pemerkosaan, atau pembunuhan. Ini belum termasuk tindak pelecehan seksual dan sebagaiya.


Sebagai mengakhiri bahasan ini, ada baiknya kita semak laporan sebuah majalah hukum di Perancis “LA VIE JURIDIQUE DES POLYPES”, menyatakan: “Dalam hukum islam, hak-hak kaum wanita jauh lebih luas daripada hak-hak kaum wanita dalam konsep hukum sekarang.”






Oleh: Aizatnur @ MalaydentistRujukan Utama:1. Syamsuddin, Arif, “Orientalis & Diabolisme Pemikiran”, (Jakarta, Gema Insani, 2008)2. Riduan Mohamad Nor dan Ahmad Adnan Fadhil, “Islam Liberal dan Pluralisme Agama”, (MHI Publication, 2006)3. Hj. Irene Handono, “Islam dihujat; Menjawab buku The Islamic Invasion”, (Bima Rodheta, 2004)Sumber Internet:1. The Position of Women: The Teachings of the Theologians, 2. Sisters in Islam.org.my3. Vindication of The Rights of Women4. Maryam Jameelah; “The Feminist Movement and The Muslim Woman”5. Robert Bork On Radical Feminism6. Sweden and The Failure of European Family7. Dolls Give Japanese Elders a New Lease on Life8. Nawal_El_Saadawi9. Equality Human Rights

Thursday, August 20, 2009

Betulkah ingin berjuang??





Engkau ingin berjuang..
tapi xmampu terima ujian

Engkau ingin berjuang..
tapi rosak oleh pujian

Engkau ingin berjuang..
tapi xsepenuhnya menerima pimpinan


Engkau ingin berjuang..
tapi xbegitu setia kawan


Engkau ingin berjuang..
tapi xsnggup bekorban

Engkau ingin berjuang..
tapi ingin jadi pemimpin


Engkau ingin berjuang..
menjadi pengikut agak segan


Engkau ingin berjuang..
tolak ansur engkau xamalkan

engkau ingin berjuang..
tapi xsnggup terima cabaran

Engkau ingin berjuang..
kesihatan dan kerehatan xsnggup engkau korbankan

Engkau ingin berjuang..
masa xsnggup engkau kau luangkan

Engkau ingin berjuang..
disiplin diri engkau abaikan

Engkau ingin berjuang..
janji engkau kurang tunaikan

Engkau ingin berjuang..
kasih sayang engkau cuaikan

Engkau ingin berjuang..
Tetamu engkau abaikan

Engkau ingin berjuang..
ilmu berjuang engkau tinggalkan

Engkau ingin berjuang..
kekasaran dan kekerasan engkau amalkan

engkau ingin berjuang..
pandangn engakau xdiselaraskan

engkau ingin berjuang..
rasa ketuhanan engkau abaikan

engkau ingin berjuang..
iman dan takwa engkau abaikan

QATRUNNADA


MUJAHIDAH SAYAP KIRI PERJUANGN MUJAHID.




Salam sayang buat mujahidah2 islam...


kalian Allah anugerahkan byk kelebihan sebagai pembantu dan pelgkap mujahid pejuang agama Allah..walaupun secara zahirnya kalian dianggap golongn yg lemah fizikalnya..jgn lupa,tgn2 kalian mampu menggoncg dunia krn dari rahimmu lahirnya mujahid2 hebat sebagai mata rantai pejuangn nabi Muhammad.


kadg2 kalian amat dikenali sebagai makhluk yg begitu beremosi..tapi jgn lupa..dengn sikap mementingkn sekecil2 perkara adalah satu langkah yg pntg utk kselamatn Islam dan pendokongnya.



actually,kalian berjaya menjadi muslimah dan mujahidah yg berjiwa besar sprti rabiatul adawiyah,asiah,khadijah,aisyah.zinnirah...apabila kalian kuat ikatan dan hubungn pergantungn dengn ALLAH.
















Wednesday, August 12, 2009

H1N1





subhanallah...

Seperti kita tahu isu yg selalu bermain di bibir mulut seluruh msyrt dunia...H1N1.

mungkin ini adalah bala atau mungkin jg kifarah dosa yg Allah berikan kepada hambanya yg kini bergelombang didalam keseronokkan dunia yg xkekal abadi.

oleh itu,saya menyeru diri saya dan sahabat semua..marilah kita sujud dan pohon kepada Allah Taala..memohon ampun dan jauhkan penyakit ini menghinggapi diri kita,shbat2 dan ahli keluarga kita serta seluruh umat Islam..

jgn rasa bongkak dan malas utk bercakap dan mengharap dari Allah Taala..kerana setiap penykit dtg driNya dan akan kembali kepadaNya...

sesungguhnya kita hamba yg sering melakukan dosa dan sering alpa dengn kekuasaanNya.

Wednesday, August 5, 2009

Fitrah makhluk yang bernama Manusia..

assalamualaikum...
kpd pembaca2 yang budiman..saya ucapkan selamat melawati blog saya yg serba dhoif ini..
harapnya pembaca2 sekalian mendapat input2 yg berguna sepanjg melawatinya..
sekiranya ada salah dan clap,comment dan cetusan pendapat dari kalian semua saya harapkan..

ingin saya bawakan secebis pendapat dan idea berkenaan Fitrah kita sebagai manusia biasa yang sedang meningkat dewasa..dan ingin saya nyatakan bahawa jalan cerita atau pendapat ini xdak ada kaitan dengn sesiapa pun,cuma sekadar perkongsian bersama..

Allah jadikan kita ini bukan saja sebagai hamba malah kita dipertanggungjawabkan dengn amanah sebagai seorg khalifah.. kita manusia biasa yg sering alpa dan leka..
namun kita harus sedar dari kealpaan itu..
mari kita lihat senario masyarakat remaja kita sekarang,baik lelaki mahupun perempun..ramai yg sudah hilang malmat hidup dan rasa malu itu rasanya sudah tercabut dari diri individu2 itu..

saya rasa sudah tidak asing lagi kalau saya katakan bahawa,perkata CINTA begitu sinonim ngn remaja..baik pun remaja yang tidak ada basic agama mahupun yang mendalami ilmu agama..
apabila seseorg itu meningkat remaja,akan lahir satu sifat ataupun rasa ingin berpasangn dan ingin disayangi..ramai remaja kita diluar berpacaran..adakah anda juga mahu berpacaran????

ank2 remaja kita yg kurang ilmu agamanya mudah sgt terjebak dgn CINTA ini..tapi jgn terkejut,ramai jg pelajar sek. agama ataupun beraliran agama xterlepas dgnnya..malah pada waktu ini,gol. inilah yg mula ramai menceburkan diri dalam bidang ini.

saya xmengatakan CINTA itu salah,malah sifat ini adalah sifat yg murni...tanpanya kita xkn ada rasa cinta ngn pencipta kita dan pembawa risalahNya. namun apa yg salahnya apabila nilai murni CINTA itu mula disalah gunakan..sprti apa yg saya katakan tadi,gol.yg belajar agama jg terlibat ngn cinta tapi apa yg saya ingin fokuskan ialah cinta yg dilarang disisi Islam..cinta nafsu..
apabila kita belajar agama,sudah tentu kita mengetahui hukum berkenaannya..namun apa yg saya hairan,mereka seperti xdak mengetahuinya..sepatutnya kita harus ingat besar balasannya bagi org yang tahu salah tapi tetap mahu melakukannya jua..
oleh itu bagi sesiapa yg terlibat,kembalilah ke pangkal jln atau jadikannya cinta yg halal dan murni..

Saturday, August 1, 2009

Mata rantai pejuang RASULULLAH..








Apabila seseorg itu telah terikat dengn istilah Perjuangan..

mana mungkin kehidupannya seperti org biasa,

yg xmengenal dan xmenghiraukan apa itu nama perjuangan..

org berjuang masanya xpernah dibuang begitu saja..

org berjuang xder istilah rehat dalam kamus hidupnya..

org berjuang sudah lali dengn tomahan dan cacian..

org berjuang keluarga sering ditingalkan..

kiranya hidup sorg pejuang ni lain dari yg lainlah..

kdg2..kwn2 cbuk study,

dia pula bercengkang mata membuat kerja islam..

tapi hebatnya pejuang, buku tetap disisi walaupun xsempat utk melihat dan membacanya..

walaupun seminit ada ms lapangnya,inilah peluangnya meneliti buku yg dipegang itu..

apatah lagi ujian datang silih berganti..

menunjukan rasa cinta dan kasih Ilahi..

namun hati seorg pejuang xpernah goyah..

walaupun kadang2 ada butiran jernih menerjah di pipi..

apa yg sentiasa yg terpahat di hatinya..

adalah Cinta Ilahi..ingin melihat Islam tertegak kembali..

walaupun diri ini xsempat merasai kegemilangn ISLAM itu..

tapi cukuplah andai cucu dan ciciknya nanti menikmatinya..

baginya..Allah akan menolong dalam apa saja lapangn kerja yg dilakukan..
harapnya aku tergolong dikalangn insan2 terplih ini....