? ??????????????Loving Maddness? ????? ?? ???Rating: 5.0 (1 Rating)??212 Grabs Today. 2861 Total Grabs. ??
????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ???????????????????????????Heart Attack? ????? ?? ???Rating: 3.7 (3 Ratings)??204 Grabs Today. 2477 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code? BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Thursday, December 31, 2009

SEMBOYAN PEPERANGAN MAKIN TERASA






apa yang dikatakan peperangn yang sebenar
ialah petembungn antara hak dan batil..

golongn yang memperjuangn hak hndaklah bersatu,mnyusun dan kreative dalam misi untuk menentang batil..

seharusnya ingat,kejayaan hanya Allah beri kepada mana2 pihak yang layak..

yang mana kejayaan itu perlu diiringi dengn kesungguhan dan keterdekatan dgn Allah..

mahu menang???

tanya diri sendiri..

adakah kita sudah sampai ke level itu??

sekiranya belum..apa usha kita ke arah itu??

Saturday, December 26, 2009

Duhai Mujahidku




Aku di sini
Hanya mampu
Mengumpul kerinduan
nanti...
Bila tiba
Saat yang pasti
Kau kan tahu
Betapa Luas rindu
Yang ku kumpul
untukmu....

MUJAHIDku.....

Thursday, December 24, 2009

Peperangan Uhud memberi kita seribu makna



Dalam sedikit masa yang diizinkan utk menulis ini,ingin ana kongsikan beberapa ilmu penting bagi seorg yang menjadikan dirinya abnak ul-harakah..hasil sedikit ilmu yang ana dapat,dapatlah kita berkongsi bersama..


Peperangan Uhud merupakan peperangan yang berlaku selepas peperangan Badar. yang mana seperti yang kita tahu pada peperangn Badar umat Islam telah menang besar. pada peperangn Badar ini, panglima2 hebat dan pembesar2 kafir Quraish ramai yang telah gugur mati..
maka,api dendam kafir Quraish bertambah-tambah menyala untk menghancurkan Islam..
sehingga org kafir memasang strategi yang cukup mantap utk mengalahkan org Islam utk menuntut bela terhadap keluarga dan shbt2 mereka yang telah terbunuh..

yang dikatakan sesiapa saja yang cuba menghancurkan agama Allah nescaya mereka xboleh kerana Allah pasti akan menolong hamba2 yang byk bekorban utk agamaNya..
lalu Allah memberi gambaran tentg rancgn mereka kepada kekasihNya,Muhammad..


Lalu nabi Muhammad memerintahkan org Islam bersiap sedia utk menghadapi peperangn Uhud ini..Nabi merancng strategi yang cukup halus bagi memastikan kemengn Islam..
namun dijauh sudut hati,Baginda cukup risau..
yang mana keadaan masyarakat ketika itu mula gilakan harta hasil ghanimah yg dapat drpd perang Badar dhulu..selain itu,beberapa hari sebelum peperang itu,baginda telah diberi gambaran oleh Allah melalui mimpi..
baginda bermimpi ada beberapa ekor sapi telah mati dan trdapat mata pedang yang sumbing.
Bacaan mimpi baginda ialah sapi tersebut ialah terdapat para shbt yang akan syahid dan mata pedang sumbing itu ialah Islam akan Kalah..walaupun begitu,baginda berdoa kpd Allah supaya kemngn itu milik Islam..


pendek cetenya,terdapat komplot besar yang didokong oleh Abdullah bin Ubai utk menghalang rancgn Nabi..beliau dapat mempengaruhi sebilangn org Islam agar tidak pergi berperang.hasilnya,bilangn org Islam pergi berprang semakin sedikit...namun baginda cuba memberi tasji' kpd org Islam bhw janji Allah pasti berlaku..kemengn pasti akan muncul walaupun dgn bilangn yg sedikit..


perng tersebut berlaku beberapa ketika..apbila,tntera Islam sudah hampir ngn kemengn,tentera kafir mula mengundur diri.apbla melihat keadaan ini,tntera Islam berlumba2 pergi utk mendptkan harta ghanimah yang ditingglkan oleh tntera kafir...yang turut bersama ialah tntera yang berada di atas bukit(yang mana tentera ini Rasulullah telah mengarahkan mreka agr xturun dari bukit walau macmana keadaan pun)..


hasil keadaan tntera Islam yang lupa akan arahan Rasulullah ini,tntera Islam menghadapi serangn yang teruk dari tntera kafir yang mana terdapat ramai shbt2 yang gagah telah gugur syahid.diantaranya ialah Saidina Hamzah,hatinya dirobek2 dan badannya disiat2 oleh Hindun..
dan baginda jg mengalami kecederan yang teruk akibat hura2 tntera kafir menyatakan Baginda telah mati dibunuh yg mngkibtkan Tntera Islam mula lmh smngt..namun ada shbt yang dapat mgawal keadaan...dan alhamdulillah akhirnya Islam menang.
walaupun begitu,baginda cukup sedih akn kmatian shbt2 bginda..


apa yang boleh ana kongsikan di sini ialah pengajaran hasil daripada peperangn ini terhadap individu yang mngimpikan syahid dalam konteks kita sebgai mahasiswa kini ialah:


1.wala' dan patuh terhadap arahan ketua. ketua yang dipilih oleh Allah ialah ketua yang Allah kurniakan kelebihn memndg kehadapan. walaupun kadang2 mungkin berlaku kesilapan..namun,kptusan yang diputuskan adalah lebih baik hasil daripada tarbiah dan pnglamn yg Allah beri kepadanya..


2.jgn kita hanyut dalan kesengn dunia yang ada dan jgn mudah berasa selesa berada di dalam kemengn..namun,perlu kepada tadhiyah yang lbih agar kemngn yang telah dikecapi akan menghasilkan natijah yg berguna kpd ummah.


3.perlu berhati2 dalam melakukan perancgn kerana mungkin terdapat musuh di dalam selimut.


wallahualam....

Sunday, December 20, 2009

TAHUN BARU,AZAM BARU

arini sudah genap 4 muharam...
derap langkah kaki ini menjejakkan kaki ke bumi UM ada penuh misi dan visi selepas sebulan bersama keluarga tersayang..
misi sebagai anak yang membawa genggaman harapan ayah dan ibu
misi sebagai pelajar yang membawa keuntungan untuk ISLAM
misi sebagai seorg pejuang agama ALLAH
Dengan subject yang agak byk jam kreditnya pada sem ini,diri ini mula mengatur strategi bagaimana semua misi dan visi ini dapat dicapai dgn jayanya..
Agar xtergelncir dibawa arus kelalaian..
semga diri semakin dekat dgn si Pencipta
menjadi seorg hamba yang bersyukur dgn nikmat2nya...

Wednesday, October 21, 2009

Hati Seorang MUJAHIDAH

Dalam era zaman moden ni,pejuang2 agama Allah sering kali ditekan dengan setekan-tekannya..
itulah senario hidup seorg yang pilih jalan ini..jalan yang sedikit org pilih tapi ganjarannya besar namun sapa yang tahu dan mengetahuinya sudah pasti rasa rugi utk tidak memilih jalan ini..
tapi dsini ana ingin berkongsi rasa kususnya bersama2 mujahidah2 diluar sna...yang dikatakan mujahidah yang hebat ialah dekat pergantungannya dengn allah taala..seorg yang sentiasa berlapang dada dalam setiap lapangn keje dan situasi...yang menjadi barah dalam setiap gerak kerja apabila sifat berlapang dada ni xdiambil penting...walaupun xdak dalil yang kukuh yang menunjukkan wanita ini adalah sifatnya emosional,tapi kajian cukup banyak membuktikannya benar...apabila sifat berlapang dada ada dalam setiap gerak kerja,maka mudah setiap gerak kerja itu...tapi apabila sifat ini xdak,akan menyebabkan barah dalam sesutu organisasi..malah akan melumpuhkan susun atur kerja tersebut.tapi disini bukan bermakna ana melarang utk kita bersifat emosional...memang ana akui sifat emosional itu ada baiknya...tapi apa yang ana hendak fokuskan ialah emosionak yang berlebihan...so,mari kita muhasabah diri kita ini kerana kita manusia biasa yang xlari dari kesalahan dan kesilapan...

Thursday, September 24, 2009

Hari raya hari kemengn...

Alhamdulillah..ari ni hari raya ke-5..ramai yang masih bertadang ke rumah sanak saudara dan shbt handai..dalam kegairahan bergembira tapi jgn dilupa...fadhilat yang besar bagi sesiapa yang merebut puasa 6...
namun..2,3 ari ini diri ini kerap kali mendengr berita kematian..semalam,seorg jiran saya yang berumur 19tahun baru menyahut panggilan Ilahi..hajat bertemu degn neneknya xkesampaian,apabila motor yang tungganginya terbabas..belanggar dengn tiang elektrik..dan meninggal ditempat kejadian..yag mana dia bekas pelajar sekolah lama saya..kiranya junior lah..masih terbayang2 lagi wajahnya...emm..itulah takdir atau lebih tepat kita kata Qada' dan Qadar Allah Taala...so,sentiasalah kita sama2 bersedia..

PEMERGIANMU AMAT MENYENTUH KALBU..

Sebulan sekejap je rasa..sudah habis bulan barakah"bulan Ramdhan"...sedih rasaya...risau,bimbag pun ada..adakah diri ini masih berpeluang berjumpa dengnmu lagi pada tahun hadapn???wallahua'lam..namun, sebagai lumrah hidup...yang datang, sudah tentu akan pergi..begitulah diri kita yang sementara sahaja di dunia ni...semuanya adalah pinjaman dari yang Kuasa..bila sampai masanya,barang yang dipinjam perlu dipulangkan kepada tuannya....
so,sepangjag meminjang perlulah memanfaatkannya dg sebaiknya...

Tuesday, September 8, 2009

AURA PEPERANGAN MAKIN TERASA...

Bangunlah wahai pejuang2 agama Allah..
bagun dari lena yang panjang..sedar dari kealpaan dalam melakukan rutin seharian..yang masih rasa diri cukup tidor,cukup makan,rehat yang panjang,masa mencukupi..
sedarlah bahawa kalian sekarang di saat-saat genting dan akhir untk berperang..
musuh sentiasa mengintai..menyusun langkah..mengatur strategi..
sedar wahai pejuang2 kalimah Allah..
jgn kau rasa ragu2 dan takut kerana Allah bersama kita..
jgn risau akan ugutan,jgn gentar dgn gelombang kuning..
bangkitlah gelombang oren!!!!
rasakan gelombang dakwah di kampus..

Wednesday, September 2, 2009

MUJAHID SETIA.











Bangkitlah mujahid bangkitlah
Rapatkan barisan rapatkan
Hayunkanlah langkah perjuangan
Mati syahid atau hidup mulia


Siapkan dirimu siapkan
Gentarkan musuhmu gentarkan
Takkan usai langkah pertarungan
Hingga ajalkan menjelang


Henyakkan rasa takut dan gentar
Walau ragakan meregang nyawa
Krn Allah telah janjikan syurga
Untukmu mujahid setia

HAK-HAK DALAM HIDUP MUJAHID SETIA.


setiap manusia ada hak2 dalam kehidupannya..

hak diri sndiri..kerehatan,kegembiraan,kelapangn,ketenteraman.

hak utk keluarga..masa diluangkan utk bersama kelurga,kasih sayang disemarakkan diantara adik berdik,rasa cinta mak dan ayah..

hak seorg peljr..belajar bersungguh2,fokus utk capai kejayaan,xmeninggalkn homework.

hak seorg anak..menjadi ank yang solehah,taat dan patuh,menjadi penyejuk mata mak dan ayah.

hak seorg islam..mengamalkan nilai2 islam,mendalami ilmu2 fardu ain,sentiasa dahaga utk melakukan ibadah dan menjauhi maksiat.

hak seorg pejuang..masa utk lapangn kerja islam,sediakan diri fizikal dan mental sbgai pejuang.

Thursday, August 27, 2009

DUGAAN KASIH SAYANG ALLAH..

Apabila seseorg meninfa'kan dirinya utk Islam,nescaya akan ada hadiah daripada Kekasihnya buat dirinya.. seperti isi dengn kuku,seperti aur dengn tebing..begitu rapat hubungnnya.. begitu juga mehnah tribulasi dan dugaan datang silih berganti dalam diari seorg pejuang.
pelajaran yang Allah uji kepada seorg bernama pelajar apabila dia mengwakafkan diri utk melakukan kerja Islam. ujian kesakitan dan kemalangn apabila seseorg yang dirinya sibuk dalam berjuang. ujian hati yang Allah kurniakan menguji kebenaran cinta seorg pejuang...
namun..wahai insan yg terpilih,jgn mudah kalah dan rebah apabila ujian2 ini melanda krana engkau insan terpilih diantara yang terpilih. mujahid dan mujahidah terdahulu lebih hebat dugaan dan cabaran mereka..malah nyawa dan dan darah jd taruhan..
takbir!!!!!!takbir!!!!takbir!!!

Saturday, August 22, 2009

Feminisme






Di Malaysia, perdebatan isu pembentangan Rang Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) (Pindaan) 2005 di Parlimen mengundang polemik hangat berikutan bantahan yang dikemukakan oleh Ahli Parlimen serta Senator Wanita di Dewan Parlimen termasuk NGO wanita yang dikenali sebagai Gabungan Kumpulan Bertindak Wanita (JAG) terhadap beberapa peruntukan baru di dalam undang-undang tersebut yang dikatakan tidak adil terhadap wanita.




Pada 11 Januari 2006, Kabinet telah mengambil keputusan untuk tidak mewartakan pindaan Undang-Undang Keluarga Islam (UUKI) 2005 Wilayah Persekutuan tersebut.Dari manakah asal-usul feminisme? Apakah gagasan-gagasan utama gerakan emansipasi atau pembebasan wanita di barat serta imbasnya di dunia islam? Bagaimana perspektif islam dalam menyingkapi hal ini?




Kebencian Lelaki Terhadap WanitaTidak dapat dinafikan bahawa gerakan feminis di barat adalah reaksi masyarakat terhadap situasi di sana, terutama yang berkaitan nasib kaum wanita. Salah satu penyebabnya adalah sikap memusuhi perempuan (misogyny) dan pelbagai anggapan buruk (stereotype) yang dilekatkan pada mereka. Semua itu bahkan telah meresap dalam nilai masyarakat, kebudayaan, hukum dan politik.Kebencian tokoh-tokoh teologi kristian terhadap kaum wanita hampir-hampir tiada pengecualian pada sekitar awal abad pembentukan agama kristian. Tertullian (160-225), Paderi Gereja Afrika, memanggil wanita sebagai pintu gerbang syaitan (the devil’s gateway) dan tercatat ungkapan: “Tidakkah engkau menyedari bahawa engkaulah si Hawa itu? Kutukan yang dijatuhkan Tuhan kepada kaum sejenismu akan terus memberatkan dunia. Kerana bersalah maka engkau mesti menanggung derita. Engkau adalah pintu masuknya syaitan.”Dalam pandangan Origen (185-254) yang terkenal dengan kebenciannya terhadap kaum wanita, menyatakan bahawa wanita adalah jauh lebih hina daripada binatang. St. Gregory (329-389) mengungkapkan, “Kebengisan ialah naga dan gigitan ular berbisa; Tetapi wanita memiliki sifat kedua-duanya". Tokoh sesudahnya, St. Jerome (342-420) menganggap wanita adalah akar dari segala kejahatan (the root of all evils). St. John Chrysostom (347-407) pula berkata: “Tidak ada gunanya lelaki menikah. Perempuan itu tidak lain dan tidak lebih adalah lawan dari persahabatan, hukuman yang tidak terelakkan, kejahatan yang diperlukan, godaan semulajadi, musuh dalam selimut, gangguan yang menyenangkan, ketimpangan tabiat, yang di lukis dengan warna-warna indah.” Selanjutnya, St. Augustine (354-450) bahkan mendakwa bahawa hubungan intim antara suami dan isteri sebagai perbuatan kotor dan harus dihindari. St. Albertus Magnus (1200-1280) menguatkan dengan kesimpulannya yang aneh: Perempuan adalah lelaki yang cacat sejak awalnya, serba kekurangan berbanding lelaki. Makhluk yang tidak pernah yakin pada diri sendiri dan cenderung melakukan pelbagai cara demi mencapai keinginannya, dengan berdusta den menipu ala iblis. Demikian pula St. Thomas Aquinas (1225-1274) yang menyamakan dengan anak-anak, secara fizikal dan mental. Baginya, wanita adalah produk dari pencemaran alam persekitaran (product of environmental pollution).Maka wajarlah jika kemudian wanita di barat hanya dibatasi lingkup rumah tangga sahaja dan tidak dibenarkan masuk campur ‘urusan orang lelaki




’Gerakan Emansipasi'Mimpi ngeri’ yang dialami oleh kaum wanita di barat telah melahirkan gerakan-gerakan emansipasi atau pembebasan wanita. Mary Wollstonecraft (1759-1797) dianggap sebagai nenek moyang kaum feminis. Menerusi tulisannya yang sangat terkenal, A Vindication of the Rights of Woman (di cetak pertama kali di London pada 1792), ia mengecam pelbagai bentuk diskriminasi terhadap perempuan, menuntut persamaan hak bagi perempuan baik dalam pendidikan mahupun politik. Perempuan harus dibolehkan bersekolah dan memberikan suaranya dalam pilihan raya umum (suffrage). Menurutnya, kelemahan yang disebabkan kaum wanita lebih disebabkan oleh faktor lingkungan. Lelaki pun kalau tidak berpendidikan dan diperlakukan seperti perempuan, akan bernasib sama, lemah dan tertinggal, jelasnya.Pemikiran Wollstonecraft bergema ke seantero Eropah dan Amerika. Tercatat tokoh-tokoh semisal Clara Zetkin (1857-1933) di Jerman, Alexandra Kollontai (1873-1952) di Rusia dan Victoria Claflin Woodhull (1838-1927), wanita Amerika pertama yang mencalonkan diri sebagai Presiden pada 1872.




Antara yang dituntut oleh aktivis perempuan itu adalah hak dalam pendidikan dan politik, reformasi hukum dan undang-undang Negara supaya tidak merugikan perempuan. Di lingkungan kerja, mereka menuntut supaya perbezaan atas pertimbangan jenis kelamin (gender based differentiation) dihapuskan sama sekali. Agenda emansipasi berikutnya adalah bagaimana membebaskan kaum wanita dari cengkaman kaum lelaki, bahawa mereka hidup dalam dunia yang dikuasai lelaki (male-dominated world). Konon dengan cara ini perempuan dapat membebaskan diri dari segala bentuk penindasan, eksploitasi dan subordinasi.Radikalisasi FeminisKaum feminis tidak pernah mengambil peduli penderitaan manusia yang mereka timbulkan. Lihat kenyataan Maggie Gallagher, “Amerika pada hari ini memiliki bangsa yang cukup ironis termasuklah golongan elit wanitanya yang begitu lantang dan komited memperjuangkan nama baik feminisme berbanding menjadi pekerja kebajikan atau suri rumahtangga.”




Gerakan feminis di barat kelihatan mengalami stigmatisasi dan seperti ‘menelan air ludah’ sendiri. Munculnya feminis-feminis radikal yang bersikap anti-lelaki, anti-tuhan, anti-agama, anti-intelektual, menghalalkan pengguguran anak, mengutuk sistem partriarki, mencemuh perkahwinan, merayakan lesbianisme dan revolusi seks, justeru menodai reputasi gerakan itu.




Bagi para feminis radikal, tinggal bersama suami di rumah sama sahaja dengan living with the enemy. Mereka juga mengklasifikasikan jantina menurut pemahaman mereka kepada lima iaitu lelaki, wanita, lesbian, gay dan biseksual.Reaksi tajam terhadap radikalisasi feminis datang dari banyak pihak. Semaklah komentar Pat Robertson, mantan calon Presiden Amerika, “Para feminis itu kerjanya hanya mendidik wanita agar meninggalkan suami dan membunuh anak-anak mereka sendiri, mengamalkan perdukunan, menjadi lesbian dan menghancurkan kapitalisme.” Penulis terkenal, Susan Jane Gilman pun menyatakan kesan serupa, “Banyak kaum wanita hari ini, keluhnya, menganggap feminisme mengarut dan tidak jelas apa mahunya. Sementara kalangan yang lain menilainya sebagai elitis, akademik, ketinggalan zaman, keanak-anakan, dan tidak releven lagi.”Diakui atau tidak, emansipasi wanita dibarat telah merosak sendi-sendi masyarakat dan menghancurkan nilai-nilai keluarga.




Gerakan feminisme juga disalahkan kerana menyuburkan pergaulan sesama jenis, mengubah perempuan menjadi makhluk gila kerjaya, hidup dalam kesepian, balik ke rumah hanya memberi makan anjing dan kucing. Banyaknya wanita yang mencegah kehamilan dan menggugurkan kandungan akan memberikan dampak yang buruk. Negara-negara maju seperti Sweden, Jepun, Singapura, Jerman kini tengah berupaya mengatasi apa yang mereka sebut sebagai krisis demografik. (“This is the essence of the joint European family and population crisis of the 21st Century”)




Isu Gender di Dunia IslamDi dunia islam, Mustafa Kamal Attartuk umpamanya telah menggubal undang-undang perkahwinan yang berdasarkan undang-undang barat pada 17 Februari 1926 dan menggalakkan wanita membuka aurat.Namun ada juga yang menggunakan pendekatan secular-liberal iaitu Qasim Amin dalam dua buku controversial, Tahriru l- Mar’ah (Kairo, 1899) dan al-Mar’ah al-Jadidah (Kairo, 1900). ‘Bapa feminisme Arab’ ini menentang pemakaian purdah, menentang poligami, dan penceraian yang dianggap sebagai penghinaan terhadap wanita. Wanita islam mesti berpendidikan ala barat dan mesti dilepaskan dari kongkongan lelaki, adat resam dan tradisi.




Di Mesir, Dr Nawal El-Sadawy, seorang pakar perubatan telah menghasilkan sebuah buku yang menyeru wanita intelek supaya tidak mematuhi peraturan agama, seks dan politik yang mengongkong. Kemudian bangkit Huda Sya’rawi (1879-1947). Beliau adalah orang pertama yang membuka hijab di Kaherah dan menuntut persamaan gender dalam pendidikan dan hak politik. Gerakan beliau dinamakan sebagai gerakan pembangunan wanita.




Selain itu, terdapat juga Fatima Mernissi dari Moroko (penulis sejumlah buku, antara lain: Beyond the Veil), Riffat Hasan dari Pakistan (pendiri International Network for the rights of Female Victims of Violence in Pakistan), Taslima Nasreen dari Bangladesh (penulis buku Amar Meyebela), Amina Wadud dari Amerika Syarikat yang sempat membuat heboh dengan menjadi khatib dan imam shalat jumaat di gereja beberapa waktu lalu dan banyak lagi.




Gerakan feminis radikal rupanya berpengaruh juga di Malaysia dan dijuarai oleh Zainah Anwar dari Sis-ters In Islam (SIS). SIS juga terkenal sebagai kumpulan yang menentang amalan poligami secara keseluruhannya dan pernah melancarkan kempen monogami secara terbuka. Malah, kumpulan ini diberikan ruang yang luas untuk membentangkan citra pemikiran mereka melalui media massa.Seperti yang kita ketahui, tidak ada satu ayat pun dalam Al-Quran yang menampakkan misogyny ataupun bias jantina. Semua ayat yang membicarakan tentang Adam dan pasangannya, sejak di syurga hingga turun ke bumi, selalu menekankan kedua belah pihak dengan menggunakan kata ganti nama untuk dua orang (dalam bahasa arabnya: huma atau kuma). Bukannya Adam dan Hawa yang disalahkan, melainkan syaitan yang dikatakan menggoda keduanya hingga memakan buah dari pohon khuldi.




Kemudian, setelah berada di bumi, baik lelaki mahupun perempuan ditempatkan setara. Darjat mereka ditentukan bukan oleh jenis kelamin tetapi kadar iman dan amal soleh masing-masing (Ali-Imran: 195). Sebagai pasangan hidup, lelaki diibaratkan seperti pakaian bagi perempuan, dan begitu pula sebaliknya (al-Baqarah: 187). Namun, dalam kehidupan rumahtangga, masing-masing mempunyai peranan tersendiri dan tanggungjawab berbeza, seperti kebiasaan hubungan antara manusia (al-Baqarah:228). Adapun pada skala yang lebih luas, dalam kehidupan bermasyarakat, berbangsa dan bernegara, lelaki dan wanita dituntut untuk melibatkan diri secara aktif, melaksanakan amar ma’ruf dan nahi munkar (al-Ahzab: 35).




Nabi Muhammad Saw. juga mengingatkan bahawa sesungguhnya perempuan itu setara dengan lelaki (an-nisa’ syaqa’iqu r-rijal), menurut sebuah hadith yang diriwayatkan Imam Abu Dawud dan Imam an-Nasa’i.Oleh kerana itu, apabila dikalangan Muslim pada kenyataannya masih selalu dijumpai diskriminasi terhadap perempuan, yang mesti diperbaiki adalah masyarakatnya dan bukan agamanya. Berdasarkan hasil sebuah tinjauan, walaupun undang-undang persamaan gaji (Equal Pay Act 1970) di Inggeris sudah berusia 30 tahun lebih, wanita yang bekerja sepenuh waktu digaji 18% lebih rendah dari pekerja lelaki. Sementara mereka yang bekerja separuh waktu menerima gaji 39% lebih rendah berbanding lelaki. Begitu juga di Amerika, pendapatan kaum wanita purata 25% lebih rendah dibanding lelaki. Penelitian lain menemukan bahawa purata dalam tiap 10 detik di Inggeris telah terjadi tindak kekerasan terhadap wanita, berupa pemukulan, pemerkosaan, atau pembunuhan. Ini belum termasuk tindak pelecehan seksual dan sebagaiya.


Sebagai mengakhiri bahasan ini, ada baiknya kita semak laporan sebuah majalah hukum di Perancis “LA VIE JURIDIQUE DES POLYPES”, menyatakan: “Dalam hukum islam, hak-hak kaum wanita jauh lebih luas daripada hak-hak kaum wanita dalam konsep hukum sekarang.”






Oleh: Aizatnur @ MalaydentistRujukan Utama:1. Syamsuddin, Arif, “Orientalis & Diabolisme Pemikiran”, (Jakarta, Gema Insani, 2008)2. Riduan Mohamad Nor dan Ahmad Adnan Fadhil, “Islam Liberal dan Pluralisme Agama”, (MHI Publication, 2006)3. Hj. Irene Handono, “Islam dihujat; Menjawab buku The Islamic Invasion”, (Bima Rodheta, 2004)Sumber Internet:1. The Position of Women: The Teachings of the Theologians, 2. Sisters in Islam.org.my3. Vindication of The Rights of Women4. Maryam Jameelah; “The Feminist Movement and The Muslim Woman”5. Robert Bork On Radical Feminism6. Sweden and The Failure of European Family7. Dolls Give Japanese Elders a New Lease on Life8. Nawal_El_Saadawi9. Equality Human Rights

Thursday, August 20, 2009

Betulkah ingin berjuang??





Engkau ingin berjuang..
tapi xmampu terima ujian

Engkau ingin berjuang..
tapi rosak oleh pujian

Engkau ingin berjuang..
tapi xsepenuhnya menerima pimpinan


Engkau ingin berjuang..
tapi xbegitu setia kawan


Engkau ingin berjuang..
tapi xsnggup bekorban

Engkau ingin berjuang..
tapi ingin jadi pemimpin


Engkau ingin berjuang..
menjadi pengikut agak segan


Engkau ingin berjuang..
tolak ansur engkau xamalkan

engkau ingin berjuang..
tapi xsnggup terima cabaran

Engkau ingin berjuang..
kesihatan dan kerehatan xsnggup engkau korbankan

Engkau ingin berjuang..
masa xsnggup engkau kau luangkan

Engkau ingin berjuang..
disiplin diri engkau abaikan

Engkau ingin berjuang..
janji engkau kurang tunaikan

Engkau ingin berjuang..
kasih sayang engkau cuaikan

Engkau ingin berjuang..
Tetamu engkau abaikan

Engkau ingin berjuang..
ilmu berjuang engkau tinggalkan

Engkau ingin berjuang..
kekasaran dan kekerasan engkau amalkan

engkau ingin berjuang..
pandangn engakau xdiselaraskan

engkau ingin berjuang..
rasa ketuhanan engkau abaikan

engkau ingin berjuang..
iman dan takwa engkau abaikan

QATRUNNADA


MUJAHIDAH SAYAP KIRI PERJUANGN MUJAHID.




Salam sayang buat mujahidah2 islam...


kalian Allah anugerahkan byk kelebihan sebagai pembantu dan pelgkap mujahid pejuang agama Allah..walaupun secara zahirnya kalian dianggap golongn yg lemah fizikalnya..jgn lupa,tgn2 kalian mampu menggoncg dunia krn dari rahimmu lahirnya mujahid2 hebat sebagai mata rantai pejuangn nabi Muhammad.


kadg2 kalian amat dikenali sebagai makhluk yg begitu beremosi..tapi jgn lupa..dengn sikap mementingkn sekecil2 perkara adalah satu langkah yg pntg utk kselamatn Islam dan pendokongnya.



actually,kalian berjaya menjadi muslimah dan mujahidah yg berjiwa besar sprti rabiatul adawiyah,asiah,khadijah,aisyah.zinnirah...apabila kalian kuat ikatan dan hubungn pergantungn dengn ALLAH.
















Wednesday, August 12, 2009

H1N1





subhanallah...

Seperti kita tahu isu yg selalu bermain di bibir mulut seluruh msyrt dunia...H1N1.

mungkin ini adalah bala atau mungkin jg kifarah dosa yg Allah berikan kepada hambanya yg kini bergelombang didalam keseronokkan dunia yg xkekal abadi.

oleh itu,saya menyeru diri saya dan sahabat semua..marilah kita sujud dan pohon kepada Allah Taala..memohon ampun dan jauhkan penyakit ini menghinggapi diri kita,shbat2 dan ahli keluarga kita serta seluruh umat Islam..

jgn rasa bongkak dan malas utk bercakap dan mengharap dari Allah Taala..kerana setiap penykit dtg driNya dan akan kembali kepadaNya...

sesungguhnya kita hamba yg sering melakukan dosa dan sering alpa dengn kekuasaanNya.

Wednesday, August 5, 2009

Fitrah makhluk yang bernama Manusia..

assalamualaikum...
kpd pembaca2 yang budiman..saya ucapkan selamat melawati blog saya yg serba dhoif ini..
harapnya pembaca2 sekalian mendapat input2 yg berguna sepanjg melawatinya..
sekiranya ada salah dan clap,comment dan cetusan pendapat dari kalian semua saya harapkan..

ingin saya bawakan secebis pendapat dan idea berkenaan Fitrah kita sebagai manusia biasa yang sedang meningkat dewasa..dan ingin saya nyatakan bahawa jalan cerita atau pendapat ini xdak ada kaitan dengn sesiapa pun,cuma sekadar perkongsian bersama..

Allah jadikan kita ini bukan saja sebagai hamba malah kita dipertanggungjawabkan dengn amanah sebagai seorg khalifah.. kita manusia biasa yg sering alpa dan leka..
namun kita harus sedar dari kealpaan itu..
mari kita lihat senario masyarakat remaja kita sekarang,baik lelaki mahupun perempun..ramai yg sudah hilang malmat hidup dan rasa malu itu rasanya sudah tercabut dari diri individu2 itu..

saya rasa sudah tidak asing lagi kalau saya katakan bahawa,perkata CINTA begitu sinonim ngn remaja..baik pun remaja yang tidak ada basic agama mahupun yang mendalami ilmu agama..
apabila seseorg itu meningkat remaja,akan lahir satu sifat ataupun rasa ingin berpasangn dan ingin disayangi..ramai remaja kita diluar berpacaran..adakah anda juga mahu berpacaran????

ank2 remaja kita yg kurang ilmu agamanya mudah sgt terjebak dgn CINTA ini..tapi jgn terkejut,ramai jg pelajar sek. agama ataupun beraliran agama xterlepas dgnnya..malah pada waktu ini,gol. inilah yg mula ramai menceburkan diri dalam bidang ini.

saya xmengatakan CINTA itu salah,malah sifat ini adalah sifat yg murni...tanpanya kita xkn ada rasa cinta ngn pencipta kita dan pembawa risalahNya. namun apa yg salahnya apabila nilai murni CINTA itu mula disalah gunakan..sprti apa yg saya katakan tadi,gol.yg belajar agama jg terlibat ngn cinta tapi apa yg saya ingin fokuskan ialah cinta yg dilarang disisi Islam..cinta nafsu..
apabila kita belajar agama,sudah tentu kita mengetahui hukum berkenaannya..namun apa yg saya hairan,mereka seperti xdak mengetahuinya..sepatutnya kita harus ingat besar balasannya bagi org yang tahu salah tapi tetap mahu melakukannya jua..
oleh itu bagi sesiapa yg terlibat,kembalilah ke pangkal jln atau jadikannya cinta yg halal dan murni..

Saturday, August 1, 2009

Mata rantai pejuang RASULULLAH..








Apabila seseorg itu telah terikat dengn istilah Perjuangan..

mana mungkin kehidupannya seperti org biasa,

yg xmengenal dan xmenghiraukan apa itu nama perjuangan..

org berjuang masanya xpernah dibuang begitu saja..

org berjuang xder istilah rehat dalam kamus hidupnya..

org berjuang sudah lali dengn tomahan dan cacian..

org berjuang keluarga sering ditingalkan..

kiranya hidup sorg pejuang ni lain dari yg lainlah..

kdg2..kwn2 cbuk study,

dia pula bercengkang mata membuat kerja islam..

tapi hebatnya pejuang, buku tetap disisi walaupun xsempat utk melihat dan membacanya..

walaupun seminit ada ms lapangnya,inilah peluangnya meneliti buku yg dipegang itu..

apatah lagi ujian datang silih berganti..

menunjukan rasa cinta dan kasih Ilahi..

namun hati seorg pejuang xpernah goyah..

walaupun kadang2 ada butiran jernih menerjah di pipi..

apa yg sentiasa yg terpahat di hatinya..

adalah Cinta Ilahi..ingin melihat Islam tertegak kembali..

walaupun diri ini xsempat merasai kegemilangn ISLAM itu..

tapi cukuplah andai cucu dan ciciknya nanti menikmatinya..

baginya..Allah akan menolong dalam apa saja lapangn kerja yg dilakukan..
harapnya aku tergolong dikalangn insan2 terplih ini....
















Sunday, July 26, 2009

SHBT2 SEPERJUANGN ASASI









Sahabat seperjuangn..
pertemuan kita xpernah dijanjikan
sudah ketentuan Tuhan

kita bertemu dan ditakdirkan

bersama-sama dalam perjuangn

pelbagai ragam dan gaya

masing2 ada keistimwaan

suka duka dilalui bersama...

sumayah sorg yg cekal dan hebat kepimpinannya.

awanis sgt tinggi isar pada shbt2nya

hidayah punyai bakat terserlah

syafiqah ulat buku orgnya

azimah tingkahnya persis seorg ibu

samiah hebat pengorbanannya

atiah pakar IT gayanya

sapinah comel molek orgnya

itulah insan yg byk mengajarku erti pershabatan

Friday, July 24, 2009

SCIENTIFIC MIRACLE OF AL-QURAN






assalamualaikum..

apa khbar rakan2 pembaca sekalian..

ingin saya berkongsi serba sedikit tentg ilmu yg sya dapat daripada sorg sheikh dari lubnan yang datang mengajar di APIUM selama 2minggu..

beliau byk menyentuh mengenai keagungn al-quran..dan kaitan dgn penyelidikan sains terhadap kebenaran al-quran.



HUMAN DEVELOPMENT

Surah al-Mukminun(ayat 12-14)

In a relatively few aayah's is contained a rather comprehensive description of human development from the time of commingling of the gamates through organogenesis.



MOUNTAIN

Surah al-Naba'(ayat 6-7)

modern earth sc have proven that mountain have deep roots under the surface of the ground and that these roots can reach several times their elevations above the surface of the ground. mountain also play an important role in stabilizing the crust of the earth. they hinder the shaking of the earth. God has said in the quran.
Surah Al-Nahl (ayat 15)



BIG-BANG THEORY

Surah Al-Anbiya' (ayat30)

explained the previous verse mention that the heaven and earth were once one and the God caused them ton seperate and form into the 7 heaven and earth.

Saturday, July 18, 2009

Strategy to success..






Good relationship with ALLAH and people(hablumminallah wa hablumminannas). Kita harus yakin bhw semua ilmu yg kita pelajari adalah milik Allah.. semakin kita belajar,semakin rasa diri kita terlalu dhaif dan kekurangan ilmu.. dan kita cuba utk mencari dan terus mencari ilmu.. kerana dgn ilmu,martamat kita di angkat di mata manusia dan di sisi Allah.


Focus in study.. cuba elakkan dari gangguan cinta nafsu. harus di ingat,nur(ilmu) xkan bercampur dengn maksiat yg kita lakukan.. cuba elakkan daripada melakukan atau melihat maksiat. susah utk ilmu mendiami hati apabila hati kita dikotori oleh benda2 yg dikira maksiat. bukan ilmu saja yg kita harapkan bahkan keberkatan menuntut imu itu yg paling penting.xdinafikan,yg dikatakan individu yg bergelar remaja amat sinonim dengan kalimah CINTA.. so,penuhi masa remaja ini dgn perkara2 yg berfaedah,cuba elakkan percintaan yg xdak kepastian..

Manage the time. pandai membahagi masa utk belajar,berjuang,beriadah dan aktiviti2 lain.

Have good team work. perlunya ada group discusion dan memberi manfaat.


Give the best what you to do. apa saja kerja kita akan lakukan,cuba buat habis baik.. ingatkan pada diri,mungkin ini kerja yg terakhir aku.


Don't miss come to class.Cuba elakkan daripada ponteng kelas..melainkan ada masaqqah(urusan)yg betul2 xdapat dielakkan.


Have dicipline and motivation. jgn cuba menangguh kerja yang diberikan.. ada kala,kita akn rasa down ataupun kurang bersemangat.pohonlah dan berckplah dengn Allah,agar mengmbalikan semangt itu.. dan berjumpa dan berckp dgn individu2 yg dikra boleh membantu menaikkan semangat itu.

Tuesday, July 14, 2009

Antara Ilmu dan Harta..



ILMU adlah warisan darpd nabi2 dan rasul2..tapi HARTA diwarisi darpd Qarun dan Firaun.

ILMU dpt menjaga pemiliknya...tapi HARTA penjaganya yang perlu menjaganya.

ILMU dengannya kita dapat ramai kawan..tapi dengan HARTA kita mendapat ramai musuh dan lawan.

ILMU apabila diajar kepada org lain,lagi bertambah kepada pemiliknya..tapi HARTA apabila diberi kpd org lain,lagi berkuranglah nilainya.

ILMU pemiliknya akan mendapat penghormatan..tapi HARTA pemiliknya selalu mendapat penghinaan dan panggilan yang mendebarkan.

ILMU tidak dapat dicuri walaupun nilainya terlalu tinggi..tapi HARTA mudah dicuri.

ILMU xkan habis apabila kita memberi kpd org lain..tapi Harta akan habis apabila diberi kpd org lain.

ILMU pemiliknya mendapat syafaat di akhirat kelak..tapi HARTA pemiliknya bakal susah di dua alam apabila melalui hisab Allah.

ILMU dapat menenangkan hati dan pemikiran pemiliknya..tapi HARTA bakal membinggungkan dan merungsingkan pemiliknya.
(SAIDINA ALI ABI TALIB)

Saturday, July 11, 2009

Dhururi Al-Tamayyus..






Sekadar renungan dan penghayatan bagi sesiapa yg melalui dan akan melaluinya..

pandangan ini sekadar membuka mata dan minda sahabat2 sekos dengan saya..dan mungkin akan menjadi panduan kepada pembaca budiman yg lain..

saya amat tersentuh apa yg diperkatakan oleh penyelaras kos kami Prof.Madya Datin Dr.Noor Naemah Abdul Rahman..yang menyebut" Apa saja kajian sains yang kita lakukan,mestilah dikaitkan dengan nilai2 Aqidah."

inilah yang cuba diterapkan kepada pelajar2 sains gunaan dengan pengajian islam UM..yang mana kos ini diwujudkan adalah untuk melahirkan produk2 islamik saintis yang berkualiti. tapi amat malang rasanya andai pelajar kos ini cuba mengenepikan nilai2 agama itu di dalam sains dan hanya melakukan kajian dan amat menyedihkan lg andai pengkhususan yg diambil semasa master hanya pure sains tanpa memperdulikan subjek2 agama..

tanpa kita sedari sebenarnya.. Isu berkenaan MENGULAMA'KAN PROFESIONAL..adalah isu yg berkait rapat dengan matlamat kos ini..kita sebenarnya ke arah mencapai apa yang diperkatakan di atas.

"Dhururi Al-Tamayyus" jg kalimah yg sering disebut-sebut oleh penyelaras kami.. Kepentingan kepelikkan(keistimewaan) yang wujud dalam diri setiap individu yg menjadi warga kos ini adalah satu lambang atau kayu ukur yang dapat membezakan antara Islamik Saintis dengan Sainstis.

apa sebenarnya kepelikan atau keistimwaan itu????
sudah tentu akhlak islamiah diterapkan dalam pelajar2 kos ini. malah ia menjadi batu loncatan untuk pelajar yang tiada basic agama mahupun org kafir terpikat dengankeindahan islam itu sendiri..

apa yang penting kajian2 sains yg kita lakukan sebenarnya membantu untuk menambahkan keimanan kita apabila kajian2 ini menemukan kebenaran AL-QURAN itu sendiri...

oleh itu,saya berharap..sahabat2 dan adik2 yg bakal lahir dari kos ini..jadilah individu muslim yg bangga dan menaikkan nama Islam...
waallahua'lam..

Wednesday, July 8, 2009

SAINS GUNAAN DENGAN PENGAJIAN ISLAM







selamat bersua kembali...

dikesmpatan ini,ana ingin mempromotekan 1 kos yg rasanya sebelum ini masih kurg diwawarkan dan ramai yg xtahu wujudnya kos ini. yangmana kos ini adalah satu2nya kos yang wujud di universiti malaya. ana adalah salah seorg warga kos ini.

untuk pengtahuan pembaca2 yg budiman..
kos ini hanya ditawarkan kepada pelajar2 sek.agm yang beraliran sains..
tujuannya adalah Untuk menjadi sebuah program pengajian dan penyelidikan yang mengembangkan ilmu Islam dan Sains seiring dengan perkembangan sains dan Teknologi terkini bagi melahirkan masyarakat yang kaya maklumat melalui sumbangan graduan professional cemerlang yang dilatih oleh program akademik yang kemas, lengkap, dan mantap.

Bagi pelajar2 yg sek agama yg sayang untuk meninggalkan subjek sains,bolehlah mengikuti kos ini...

hanya pelajar lepasan spm saja yg akan ditawarkan.. mereka akan mengikuti asasi selama 2tahun. yangmana bertempat di UM nilam puri(setahun) dan menyambung di PASUM(UMKL-setahun)..ASASI PENGAJIAN ISLAM DENGAN SAINS. Istimwanya kos ini,subjek sains dan agama jg bersama2 dipelajari..cnthnya fizik,bio,kimia,bhs arab,tauhid,tjwd dan byk lg..

Selepas tamat asasi,mereka akan menymbung di prngkat SARJANA MUDA SAINS GUNAAN DENGAN PENGAJIAN ISLAM..yang bertempat di UMKL. ygmana kos ini menawarkan 9 pengkhususan diperngkat ijazah ini. antaranya biokimia,bioteknologi,biokesihatan,mikrobiologi,sains alam sekitar,genetik,ekologi,bioinformatik dan ICT..berdasarkan poiter semasa asasi.
dari segi carrer,memg byk ler..ngn hospital,syarikat2,makanan dan byk lagi.. dan bagi sesiapa yg mendapat poiter yg tinggi,ditawarkan ke jepun,korea n so on.. ada juga senior kami yg berjaya meneruskan pelajaran ke PHD tanpa mengambil MA selepas cemerlang dalam DEGREE.

So,sebar2kanlah maklumat ini kepada org ramai..
insyallh,lebih ramai dapat melahirkan ISLAMIC SAINTIS selepas ini..

Tuesday, July 7, 2009

SAHABAT SEPERJUANGAN










Ruangan kali ini,ingin rasanya musafir kasih berkongsi sebuah cerita yang xperlu disoal samaada ia benar atau pun tidak.. cukuplah sekadar sebagai dorongn n motivasi buat pembaca sekalian.

mas,azah.mun,adwa,paah,syida,atin,nisa adalah shbt aku yg byk membantu.. detk2 perkenalan bermula apabila aku mula mendaftarkan diri di maktab mahmud alor star. malah mula mengenal hati budi masing2 apabila km mula mgikuti usrah yg sama..

aku insan biasa,saat mula aku mengenali mereka,ku rasa diriku begitu kerdil.. byk sgt perkara yg aku xtahu.. namun sapa sangka,Allah anugerahkan mereka sebagai pendampingku.. sebagai wadah pengislahan diriku yg hina. mereka mengajarku erti persahabatan,isar n susah seng bersama berjuang..

kenangan makan setalam,tidur sebantal,menangis bersama adalah kengn yg indah buatku.. walaupun pada awalnya ku rasa diriku xlayak berdampingan dengan mereka..

aku bukanlah seorg yg peramah..

malah byk kekurangan diriku..

namun ku percaya,mereka..

Allah anugerahkan kepadaku supaya aku mengenal erti shabt dan perjuangan..

mas seorg yg lincah walaupun kecil2 cili api.. tapi dia shbt yg sanggup bercekang mata memikirkan masalah shbt2nya dan masalah ummah.

azah shbt karib sentiasa ada bila mas kemana saja.. bahkan mereka di takdirkan ke universiti yg sama. malah berjuang bersama2.

munirah kini seorg yg hebat mengutip mutiara2 ilmu di bumi ambiak.. shbt yg seringkali mengingatkan ku tentg kezuhudan..

adwa seorg yang pintar,kini menjadi org kuat di ukm.sapa sangka seorg yg awalnya bercita2 mahu menjadi peguam,kini seorg yg hebat kepimpinannya di sana..

nisa yg cukup peramah orgnya,seringkali menegurku andai aku melakukan kesilapan..

xpernah dia biarka aku terus melakukan kesilapan..

atin,yg tinggi isarnya pada shbt2nya cukup menyentuh hatiku supaya aku jg mempunyai sifat itu..seorg yg kuat qiamullainya.. menyebabkan ku amat kagum padanya..

paah,seorg yang cukup pandai berceloteh.. apabila bercakap,semua berasa kagum dengan anugerah yg Allah beri padanya.. padaku dia seorg yg sgt kental.. kami ditakdirkan belajar di universiti yg sma.. dia byk memberi dorongan kepadaku walaupun aku bukanlah shbt yg terbaik buatnya..

namun,ku harap ukhwah kami semua berpanjangn dan Allah peliharakan kami di jalan juang yg sama..

terima kasih sahabat2ku..

Monday, July 6, 2009

Salam perkenalan..


Assalamualaikum..
kepada warga penziarah blog ini..

salam taaruf dan salam mahabbah.
ingin rasanya musafir kasih memulakan nukilan dengan tali pentaarufan.

aku ini hamba yg dijadikan dari tanah dan memikul tanggungjwb sebagai hamba dan khalifah. Anak yang dilahirkan tanpa ayah di sisi kerana pergi berjuang di bumi bosnia mula menghirup oksigen pada tanggal 15 jan 1989.. kecekalan seorg ibu mendidik dan menjaga xdapat dibalas. walaupun kesibukan bekerja,ibu xpernah mengabaikan tanggungjwbnya sebagai ibu dan isteri kpd seorg tentera.

kini,anaknya sudah genap 20tahun..sekejap rasanya,dulu anak ini sering merenget dan merajuk serta menangis.diberi pendidkan awal di sek.keb.kupang. apabila meningkat menengah,anak ini di hantar ke sebuah sek.agama iaitu maktab mahmud yan. selepas pmr,menyambung pelajaran di maktab mahmud alor star.lepas 5tahun menuntut ilmu agama di bumi hijau itu,dengan takdir ilahi,musafir kasih dapat mellanjutkan pelajaran ke bumi tarbiah(universiti malaya nilam puri) fi taqassus Asasi Pengajian Islam Dengan Sains. selepas setahun,melanjutkan pelajaran ke PASUM(pusat asasi sains UM).. Selepas itu, allah mengizinkan anak ini mengutip ilmu sains dengan agama di UM dalam jurusan Sains Gunaan Dengan Pengajian Islam(Mikrobiologi)..

harapnya anak ini xjemu mengutip ilmu2 Allah di muka bumi ini sehinggalah nyawa ini di ambil oleh pemilikNya..